Workshop


APAKAH OBJEKTIF BENGKEL?
1) Memberi pengetahuan mengenai asas fotografi digital seperti shutter, aperture dan ISO.
2) Memberi pengalaman kepada peserta yang baru memiliki DSLR untuk mengetahui setting yang asas mengenai fungsi kamera & cahaya
3) Bertukar-tukar pengetahuan & pendapat sesama peserta dan juga pengajar untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik dengan idea yang segar.
APAKAH SYARAT PENYERTAAN?
1) Berumur 18 tahun keatas.
2) Sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang fotografi.
3) Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang fotografi tidak kira sebagai hobi mahupun kerjaya.
ALATAN YANG PERLU DIBAWA?
1) Kamera DSLR dan lensa (Flash tidak wajib)
2) Digalakkan juga membawa laptop sendiri (jika ada).
APAKAH KEISTIMEWAAN BENGKEL?
1) Dijalankan dalam suasana santai & mudah difahami kerana menggunakan modul bahasa melayu.
2) Yuran yang berpatutan dan berbaloi dengan ilmu serta pemberian yang diperolehi.
3) Lokasi pembelajaran menarik dan berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan.

PERJALANAN BENGKEL?
Berikut merupakan aturcara bengkel yang akan dijalankan. Makan tengahari tidak disediakan tetapi anda boleh keluar dikawasan berhampiran untuk makan tengahari. Ruangan untuk solat ada disediakan dilokasi bengkel.
09.00 am – Pengenalan, Sesi 1 (Teori)
10.45 am – Rehat
11.00 am – Sesi 2 (Teori)
12.30 am – Rehat, Makan Tengahari, Solat
02.00 pm – Sesi 3 (Praktikal)
04.00 pm – Penilaian & Rumusan
06.00 pm – Group Photo & Bersurai
MODUL YANG TERKANDUNG?
Berikut merupakan modul-modul yang terkandung dalam bengkel ini. Modul ini akan dipersembahkan dalam bentuk presentation yang ringkas tapi padat dengan pengisian penting.
1)   Pengenalan Fotografi (Sesi 1)
a.   Mengenali kamera DSLR, lensa, speedlite, aksesori lain
b.   Mengenali aperture, shutter, ISO, white balance, metering.
c.   Mengenali cahaya, depth of field, focal length.
2)   Teknik Fotografi (Sesi 2)
a.   Cara penjagaan kamera, focusing, exposure meter.
b.   Cara penggunaan exposure mode : manual, shutter priority, aperture priority, program.
c.   Cara mendapatkan gambar terbaik, angle, subjek, komposisi, rule of third.
3)   Praktikal (Sesi 3)
a.   Mengambil gambar mengikut tema pengajar (akan diberitahu dihari kursus).
b.   Persembahan ringkas & penilaian.
c.   Rumusan & penutup.

untuk keterangan lebih lanjut
sila layari laman web ini




KURSUS FOTOGRAFIK DA'CLICK & NAHAMPHOTO.COM

Maklumat bengkel tersebut adalah seperti berikut;

TARIKH : 23 April 2011
MASA : 9 pagi – 5 petang
LOKASI : Pusat Kegiatan Guru Mersing

Pengajar:Harris Reds&Akmal Rafie

Yuran Pendaftaran
Early Bird(sebelum 1 april) : RM160
Peserta bawah 18 tahun : rm160
Selepas 1 April : RM190

Anda boleh menempat tempat dahulu dengan membayar deposit RM100 tetapi deposit tidak akan di kembalikan sekiranya pembatalan tempahan dibuat. Anda pula perlu membayar baki bayaran yuran pada hari kursus.

SYARAT MENGHADIRI KURSUS

1)Memilik Camera DSLR
2) Peserta hendaklah membawa LAPTOP SENDIRI untuk pembelajaran.
3) Laptop perlu dipasang dengan perisian ADOBE PHOTOSHOP CS2 dan Ke atas

PESERTA : Maksimum 15 orang sahaja.